Business Model For i-Usahawan

Strategi Utama

1. Misi

i-Usahawan mempunyai misi untuk menjadi sebuah portal sehenti yang memaparkan informasi dan jaringan yang menghubungkan para usahawan di Malaysia.

2. Skop Produk/Pasaran

i-Usahawan adalah sebuah portal informasi dan interaksi usahawan yang mensasarkan para usahawan di Malaysia terutamanya usahawan baru bagi mendapatkan perkhidmatan, maklumat, rakan niaga dan bantuan kewangan bagi memulakan perniagaan. Ruang pengiklanan akan disediakan untuk disewa oleh syarikat perbankan dan institusi yang berkaitan bagi meningkatkan lagi pendapatan i-Usahawan. Menerusi rakan niaga i-Usahawan yang turut dijangka akan dapat membantu dalam menjana pertumbuhan dan populariti portal ini, rakan niaga ini turut akan terlibat secara lansung di dalam program-program yang dianjurkan oleh i-Usahawan umpamanya seminar keusahawanan secara maya di atas talian(online).

Para graduan yang baru tamat pengajian umpamanya, dapat menggunakan portal i-Usahawan sebagai platform asas untuk menceburi bidang keusahawanan. Golongan muda ini semestinya memerlukan maklumat yang terperinci serta kaedah untuk menjadi seorang usahawan. Sementara itu, kerjasama bersama usahawan dan syarikat yang telah berjaya dijangka mampu mengwujudkan situasi menang-menang bagi meningkatkan imej usahawan tersebut di samping portal i-Usahawan sendiri sebagai medan penghubung di antara usahawan berjaya dan usahawan baru. 

Perbezaan yang boleh dilihat di dalam portal i-Usahawan ini berbanding dengan portal-portal yang berkaitan dengan keusahawanan adalah iainya mempunyai pelbagai maklumat berkaitan keusahawanan.Di dalam portal ini juga boleh menjadi rujukan, panduan dan maklumat kepada bakal-bakal usahawan,usahawan-usahawan yang baru dan juga yang telah lama menceburi bidang keusahawan ini.



Sumber Strategik


Pelan Sumber Strategik bagi portal i-usahawan  diwujudkan untuk membantu pengguna bagi memudahkan   mereka terutamanya yang ingin menjadi atau bergelar usahawan mendapat maklumat mengenai apa sahaja pertanyaan atau maklumat mengenai perniagaan. 

Disamping itu , portal i-usahawan juga diwujudkan untuk melahirkan usahawan yang memiliki sikap, pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni yang cemerlang bagi melahirkan usahawan yang amanah yang dipertanggungjawabkan dengan berkesan .Cabaran dalam pengurusan sumber strategik nilai-nilai teras, strategik teras, pelaksanaan strategi dan pelan tindakan untuk dilaksanakan bagi menyediakan usahawan yang unggul. 

Dari  portal i-usahawan, usahawan yang sudah bergelar usahawan jaya mahupun yang baru menceburkan diri sebagai usahawan dapat berkongsi ilmu mengenai  ape sahaja informasi merangkumi aspek kewangan, strategi memulakan perniagaan, informasi mengenai perniagaan, agensi-agensi sukongan atau jabatan-jabatan yang boleh memberi konsultansi perniagaan dan sokongan perniagaan.

Bagi aspek pengurusan sumber strategic,  cabaran yang dikenalpasti adalah dalam bentuk cabaran dalaman dan luaran. Cabaran dalaman termasuklah cabaran untuk meningkatkan kompetensi, integriti, nilai-nilai murni, moral dan semangat kekitaan sumber strategik bagi meningkatkan keberkesanan organisasi. Cabaran luaran pula adalah harapan stakeholders, kumpulan sasar dan komuniti yang kian meningkat di samping keperluan untuk mencapai tahap kecemerlangan sebagai usahawan jaya samaada didalam negeri atau diluar negeri.. Pelan  sumber Strategik ini juga mengutarakan enam strategi teras iaitu peluang kerjaya  yang komprehesif dan dinamik, membangunkan kemahiran dan kompetensi usahawan  yang terbaik dan berpotensi tinggi melalui program pembangunan sumber strategic , termasuklah pembangunan kerjaya dan pembangunan kepimpinan, meningkatkan pengetahuan dan kreativiti sumber manusia, meningkatkan integriti dan menanam serta memperkukuhkan nilai-nilai murni dan disiplin di usahawan, mewujudkan budaya organisasi keusahawanan yang cemerlang dan mengekalkan tenaga kerja terbaik melalui program pengiktirafan dan penghargaan, meningkatkan moral dan semangat dengan mewujudkan persekitaran kerja yang selesa dan kondusif.

Untuk menjayakan strategi teras ini, Pelan sumber  strategik bagi portal i-usahawan menyediakan berbagai-bagai peluang untuk pengguna yang ingin menjadi usahawan mahupun yang sudah bergelar usahawan. Portal i-usahawan juga menyediakan kemudahan untuk memberi idea dan konsep untuk usahawan dimana mereka akan diajar untuk menenalpasti peluang, perjalanan idea, membina konsep bisnes dan memberikan idea produk bernilai komersial untuk setiap usahawan.

Pengurusan sumber strategik portal i-usahawan juga menyediakan kemudahan dari segi pelan bisnes untuk usahawan dimana usahawan akan diberitahu mengenai diskripsi perniagaan, analisa industri dan persaingan  dan juga pro forma kewangan. Sumber strategic juga menggariskan strategi-strategi dan pelan-pelan tindakan yang berasaskan kepada fungsi-fungsi pengurusan sumber strategik itu sendiri dan yang penting adalah pelan tindakan ini disediakan dalam bentuk dimana mudah untuk difahami oleh usahawan  untuk membolehkan tahap pelaksanaannya dapat diukur dengan berkesan dan ditentukan agar usahawan-usahawan mendapat informasi yang sebaiknya.


Rangkaian Rakan Kongsi

1. Menawarkan Kursus-Kursus Keusahawanan.

Rakan Kongsi : Akademi Usahawan Jaya Sdn. Bhd.

Syarikat ini menyediakan kursus yang mampu hadir kepada para usahawan dan bakal usahawan. Menyampaikan kemahiran usahawan bagi menaikkan dan membangunkan usahawan bumiputera khususnya dan seluruh dunia amnya. Syarikat juga memberikan input terbaru industri kepada para usahawan dan bakal usahawan untuk memantapkan operasi syarikat. Pelbagai kursus dan program latihan disediakan khusus untuk memberikan kemahiran teknikal dan operasi.

Manafaat diperolehi hasil dari rakan kongsi ini adalah tenaga pengajar boleh diambil dari Akademi Usahawan Jaya Sdn. Bhd. Rangka dan jadual kursus keusahawanan akan ditawarkan oleh portal i-usahawan. Kedua-dua belah pihak perlu membuat persetujuan dan perjanjian bayaran untuk tenaga pengajar. Portal i-usahawan akan menyediakan beberapa pakej latihan dengan jumlah bayaran yang berpatutan. 

2. Menyediakan Pinjaman Kepada Usahawan.

Rakan Kongsi : SME Bank

SME Bank atau Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad adalah sebagai institusi pembangunan kewangan untuk memupuk dan memenuhi keperluan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Menyediakan pinjaman kepada perniagaan micro, kecil dan sederhana sehingga RM250,000. Kelulusan pinjaman yang cepat berdasarkan syarat-syarat dan terma SME Bank.

Portal i-usahawan menawarkan pakej pinjaman dari SME Bank. Panduan dan sokongan diberikan kepada usahawan-usahawan yang ingin membuat pinjaman. Setiap permohonan pinjaman yang lulus, i-usahawan akan mendapat komisen yang dibayar berdasarkan perjanjian semasa. Portal i-usahawan juga memberi khidmat nasihat untuk menyediakan kertas kerja berdasarkan permohonan dari usahawan. Bayaran berdasarkan kepada projek-projek yang akan dilaksanakan oleh usahawan.

3. Perniagaan Secara Francais.

Rakan Kongsi : Syarikat Francais di Malaysia iaitu KFC, Mac Donald, 7-Eleven, Caltex, Shell dan lain-lain yang berdaftar.

Satu kaedah alternatif dalam memiliki perniagaan sendiri ialah dengan menyertai perniagaan secara francais. Francais merupakan kaedah atau sistem usaha niaga di mana sesuatu perusahaan (francaisi) diberikan hak untuk menjalankan perniagaan menurut perjanjian khas dengan syarikat induk (francaisor).  

Portal i-usahawan memperkenalkan beberapa jenis perniagaan secara francais yang boleh disertai oleh usahawan-usahawan yang berkaliber, berdaya saing dan berkeyakinan. Setiap penyertaan untuk menjalankan perniagaan secara francais, i-usahawan mendapat bayaran dari syarikat francais berdasarkan penyertaan dari usahawan. Menyampaikan kursus asas perniagaan secara francais kepada para usahawan yang berminat. Permohonan untuk menjalankan perniagaan ini akan mendapat sokongan daripada i-usahawan untuk diberikan perniagaan secara francais.

4. Menyediakan Ruang Perniagaan Kepada Usahawan.

Rakan Kongsi : SP Setia Berhad dan MARA

SP Setia Berhad terlibat dalam perniagaan sebagai kontraktor bangunan. Perniagaan teras SP Setia Berhad dalam pembinaan dan pembangunan hartanah untuk kediaman dan aktiviti perniagaan / komersil. MARA menyediakan ruang perniagaan yang mampu milik untuk usahawan-usahawan yang baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Portal i-usahawan dapat memperkenalkan ruang-ruang pejabat baru di setiap lokasi perniagaan yang strategik. Penjualan dan penyewaan ruang pejabat kepada usahawan, i-usahawan akan mendapat ganjaran berdasarkan persetujuan dengan SP Setia Berhad dan MARA.

5. Promosi Produk Kesihatan.

Rakan Kongsi : Al Jabbar Group

Al Jabbar Group Sdn.Bhd adalah salah sebuah syarikat berasaskan kesihatan. Produk yang dikenali sebagai mesin terapi Dr. Jism dan ianya mendapat sambutan luar biasa dikalangan rakyat malaysia juga di Brunei dan Indonesia. Penambahan banyak produk terbaru yang dikeluarkan oleh Al Jabbar kini telah membuka peluang kepada seluruh usahawan di Malaysia. Sistem terbaru yang diperkenalkan ini memberi peluang melipatgandakan pendapatan serta ekonomi para usahawan khususnya kepada usahawan mikro dan sederhana.

Kerja-kerja mempromosikan produk kesihatan terkini dari Al Jabbar Group akan dipaparkan pada portal i-usahawan. Portal i-usahawan mendapat keuntungan hasil dari jualan melalui portal dan keuntungan yang diperolehi akan ditetapkan oleh Al Jabbar Group. Cara pembayaran adalah secara atas talian bagi memudahkan pengguna membuat bayaran.


Antaramuka Pengguna

1. Sasaran Pasaran

Konsep yang diperkenalkan melalui Portal i-usahawan meliputi segenap masyarakat tidak kira tua ataupun muda, lelaki ataupun perempuan.Keinginan merupakan pendorong utama dalam menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Pendekatan yang digunakan melalui portal tersebut memberikan pendedahan kepada para pengguna yang pertama kali melayari laman tersebut dimana, ia dapat menarik minat pengguna untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Graduan merupakan salah satu sasaran yang perlu diambil kira untuk menjadikan bidang keusahawanan merupakan suatu bidang yang tidak diperlekehkan oleh masyarakat luar. 

2. Pencapaian dan Sokongan 

Portal i-usahawan memiliki beberapa pendekatan yang amat memberikan banyak manfaat dan pemahaman bagaiman kaedah yang berkesan untuk menjadi seseorang usahawan yang berjaya. Melalui portal ini, beberapa pendekatan yang digunapakai adalah cukup fleksibal dan bersesuian tidak kira golongan tua ataupun muda, lelaki ataupun wanita. 

Selain itu juga, portal ini juga memberikan gambaran awal kepada bakal usahawan bagaimana ingin menjadi usahawan berjaya daripada mind set untuk menjadi seorang usahawan berjaya sehinggalah bisnes yang dimiliki menjadi berkembang dan berjaya dalam tempoh jangka masa yang amat panjang. Peluang-peluang yang ada digunakan sebaik mungkin. Ia juga dapat memberikan maklumat bagaimana ingin memulakan sesuatu perniagaan.Pendedahan awal boleh diperolehi dengan mendapatkan maklumat awal daripada Badan-badan berkanun yang bertanggungjawab dan berperanan dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan hal-hal keusahawanan seperti MARA ,TEKUN dan SMECorp serta bank-bank yang berperanan dalam membantu golongan bakal usahawan yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.Antara bank-bank yang sering menjadi pilihan utama para usahawan adalah seperti Agro Bank dan SME Bank yang banyak membantu para usahawan yang ingin menceburkan diri dalam bidang yang baru dan asing bagi usahawan.Khidmat nasihat boleh diperolehi daripada segi pengurusan dalam bidang perniagaan dan kewangan bagi menjamin apa yang telah dibuat oleh diurus tadbir dengan lancar dan berkesan. 

Selain itu juga, Portal i-usahawan juga menyediakan maklumat berkaitan dengan usahawan-usahawan yagn berjaya dalam bidang masing-masing.Ini bagi mendorong semangat dan keazaman para bakal usawahan  untuk memberikan komitmen yang lebih baik dalam menjalankan sesuatu perniagaaan. 

Bagi menjamin kelangsungan dalam bidang keusahawanan berjaya ditadbir urus dengan menjaya, istitusi latihan bagi bakal usahawan juga disediakan bagi memberikan pendedahan awal bagimana ingin memulakan perniagaan.Ini bagi mengelakkan berlakunya perkara yang diluar jangka. Golongan usahawan muda tidak juga ketinggalan sama dimana pendedahan diberikan di peringkat IPTA/IPTS bagi maklumat awal bagaimana dalam melaksanakan kerja-kerja keusahawanan.Khidmat nasihat akan diberikan oleh institusi latihan yang telah diberikan tugas dalam mebentuk seseorang graduan supaya menjadi usahawan yang berjaya suatu masa kelak.