In-Class Activity

1. Brain Profiling 

Aktiviti ini merupakan aktiviti individu di mana setiap orang perlu menjawab soalan dan memplotkan jumlah markah pada carta yang diberikan.

Graf yang diplotkan pada carta "spider web" akan menunjukkan kecenderungan dan sifat seseorang. Perkara ini seterusnya diteruskan dengan melihat kepada kerjaya mengikut kecenderungan dan sifat tersebut.

Aktiviti ini membantu setiap individu mengenali diri sendiri dengan lebih jelas.


2. Kapal Terbang Kertas (18/9/2011)

Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan pertama dan setiap kumpulan hanya diberikan sumber kertas yang terhad untuk membuat sebuah kapal terbang yang mampu terbang jauh.

Kumpulan kami mendapat tempat kedua di dalam aktiviti ini.

Aktiviti ini memberikan kefahaman tentang pentingnya sifat kerjasama dan peranan seseorang ketua dalam membuat penyelarasan tugas anak buah di bawahnya. Selain itu, keunikkan ciri-ciri sesebuah produk akan menjadi faktor utama kejayaan produk itu. Dalam kes ini, kejayaan kapal terbang kertas untuk terbang jauh didorong oleh keunikan rekabentuk kapal terbang tersebut.





3. iRace (16/10/2011)

Aktiviti berkumpulan ini memerlukan setiap kumpulan mengwujudkan satu produk bersesuaian dengan gambar situasi yang diberikan kepada mereka.

Kumpulan GreenzTech diberi litar lumba sebagai ruang pemasaran produk. Produk yang dibangunkan bersesuaian dengan ruang pasaran tersebut diberi nama iRace. iRace berfungsi sebagai tablet yang membantu pengunjung di litar lumba untuk melihat dengan lebih dekat lagi pelumba yang mereka minati dan dapat merasai sendiri dari sudut pandangan pelumba.

Aktiviti ini memerlukan produk dibina mengikut ruang pasaran dan pengguna yang disasarkan di ruang pemasaran yang diberikan.
















4. Eureka (iRobot) (16/10/2011)

Aktiviti berkumpulan ini menggunakan konsep Blue-Ocean di dalam pembangunan produk.

Keunikan sesuatu produk merupakan aspek penting dalam kejayaan produk tersebut. Produk yang dibangunkan menggunakan sumber yang terhad hendaklah bersifat kreatif dan belum mempunyai pasaran. Setiap kumpulan perlu mempersembahkan produk tersebut dengan membuat lakonan pengenalan produk.

Aktiviti ini menekankan aspek kreativiti di mana sesuatu produk yang kreatif dan unik serta belum mempunyai pasaran lazimnya berpeluang untuk berjaya.


                   Hasil Kerja 



                       Video Presentation

5. Harvard Business Case Studies : Air Asia

Aktiviti ini memerlukan setiap kumpulan menjawab beberapa persoalan yang diberikan dengan melakukan kajian terperinci menggunakan kajian kes yang diberikan.

Air Asia sebagai sebuah syarikat tambang murah yang berjaya mempunyai strategi perniagaan dan berjaya mengadaptasikan konsep keunikan menerusi kaedah pengiklanan serta mengkaji peluang di dalam persaingan.

Untuk melihat jawapan lanjut bagi soalan yang diberikan, sila rujuk pautan ini: HBS Case Study

6. Case Studies : Klymit, Kathryn Kerrigan, Think Gum

Aktiviti ini melibatkan pembacaan dan kajian terhadap 3 kajian kes bagi syarikat dan usahawan berjaya. 

Klymit merupakan satu jenama pakaian panas yang direkabentuk menggunakan gas Noble.

Kathryn Kerrigan merupakan usahawan kasut yang merekabentuk kasut yang bergaya bagi golongan wanita yang mempunyai tapak kaki yang besar.

Think Gum pula merupakan gula-gula getah yang mampu meningkatkan daya tumpuan dengan mengandungi peppermint dan rosemary.

Kajian kes ini memberi gambaran bagaimana idea penciptaan sesuatu produk boleh didapati dengan pelbagai cara terutamanya apabila terdapat masalah yang perlu diselesaikan. Penghasilan produk ini juga perlu melalui fasa-fasa yang tertentu sebelum boleh berjaya.