Lecture Topics

Usahawan dan Keusahawanan

 

     Hasil daripada pengajaran yang telah disampaikan, penekanan untuk menjadi seseorang usahawan terutama dalam pemilihan produk/perkhidmatan dan pembentukan perniagaan. Beberapa proses yang amat diperlukan digambarkan dalam modul ini ialah persediaan sebagai usahawan, memulakan usaha, merancang dan melaksanakan Pelan Pembangunan Perniagaan, membuat pembentukan perniagaan, usaha dalam pembiayaan baru dalam keusahawanan, proses implemantasi/pengoperasian, strategi Pembangunan serta penuian hasil daripada bidang yang diceburi.
      Semua orang tidak kira mempunyai latar belakang seorang usahawan atau tidak sebenarnya mampu menjadi seorang usahawan sekiranya dia bertekad membuat keputusan menjadi usahawan. Asalkan mereka mempunyai idea yang  bolehguna, produk yang baik dan berkesan serta teliti dalam segala aspek pengurusan syarikat, mereka mampu menjadi usahawan yang berjaya. Modul ini sebenarnya mampu memberikan keyakinan kepada mereka yang ingin menjadi usahawan di mana, tanpa keyakinan tersebut, seorang bakal usahawan akan sukar bergelar usahawan. Tambahan pula, dengan pelbagai dana dan bantuan kewangan dari pelbagai institusi hari ini, setiap impian menjadi usahawan mampu direalisasikan asal bakal usahawan tersebut jelas dari segala aspek keusahawanan.


Kreativiti dan Inovasi

 

Hasil daripada pengajaran yang telah disampaikan, beberapa pendekatan dan istilah yang telah digunakan oleh pensyarah dalam menerangkan definisi, perbandingan antara kreativiti dan inovasi serta cabaran-cabaran yang dihadapi.Modul Kreativiti menggambarkan kebolehan seseorang itu menjadikan sesuatu produk yang biasa, berfungsi secara luar biasa atau unik. Kreativiti dapat membantu seuatu produk lama menjadi lebih baik atau mampu melengkapkan sesuatu produk yang dianggap belum sempurna untuk digunakan. Kreativiti boleh digambarkan melalui tiga komponen iaitu melalui pengetahuan, pemikiran yang kreatif mahupun motivasi. Pengetahuan yang luas, kemahiran berfikir melangkaui pemikiran normal, imiginasi yang tinggi dan minat seseorang itu mampu menghasilkan produk yang kreatif. Kadangkala, terdapat individu yang mampu berillusi untuk mendapatkan gambaran jelas akan produk yang ingin dibangunkannya. Berikut merupakan paparan beberapa produk kreatif yang telah berjaya dihasilkan
Modul Kreativiti menggambarkan bahawa kreatif itu adalah satu menekankan bagaimana sesuatu idea kreatif itu berjaya diimplementasi. Ini bermakna, inovasi adalah proses merealisasikan sebuah idea menjadi produk yang berguna kepada pengguna sasaran. Proses tersebut merangkumi penjanaan idea, pembangunan teknologi, perkilangan, pemasaran dan proses menaiktaraf kualiti produk. Inovasi digambarkan boleh berlaku dalam pelbagai jenis seperti inovasi melalui produk, perkhidmatan, pemasaran, kewangan dan organisasi. Misalnya, keupayaan sesebuah syarikat mengeluarkan sesuatu produk dan menaiktaraf produk tersebut kepada produk yang lebih baik dikategorikan sebagai inovasi produk. Manakala kebolehan sesuatu syarikat menaikkan profitnya melalui promosi yang dilakukan dari semasa ke semasa dikategorikan sebagai inovasi pemasaran yang baik. Secara kesimpulannya , Modul ini membuktikan bahawa proses paling penting di dalam keusahawanan adalah penjanaan idea yang baik. Tanpa idea yang baik dan kreatif, sesuatu produk yang baik jugak akan gagal dilaksanakan dan perniagaan juga akan sukar dibentuk. Melalui cerita dan pengalaman usahawan berjaya, pensyarah seolah-olah ingin menaikkan semangat para pelajar untuk mempunyai keinginan menjadi usahawan. Hasilnya terbukti apabila  hampir keseluruhan kelas memperolehi keyakinan untuk mencuba panduan-panduan yang diberikan. Manakala melalui aktiviti EUREKA, pelbagai idea kreatif dijana ke atas produk sedia ada yang diberikan. Ini bermakna, modul ini sekaligus telah berjaya menghasilkan pemkiran kreatif di kalangan pelajar.


Idea Generation and Evaluation

 

     Hasil daripada pengajaran yang telah disampaikan, modul ini merupakan modul ulangkaji bagi modul sebelum ini. Melalui modul ini, Pensyarah banyak menceritakan pengalaman sebenar usahawan-usahawan berjaya yang memulakan perniagaan mereka bermula dengan pencarian idea yang baik. Misalnya, pengalaman Dato’ Toni Fernandez yang dahulunya terlibat di dalam bidang penerbitan muzik. Kerana idea dan usaha gigihnya membawa idea penerbangan tambang murah di Malaysia, syarikatnya Air Asia kini menjadi syarikat penerbangan yang sangat berjaya. Penerbangan tambang murah ini adalah yang pertama dilakukan di Malaysia dan ini membuktikan Dato’ Tony Frenandez adalah seorang usahawan yang berjaya menjana idea yang baik dan bijak merangkul peluang yang ada. Melalui modul ini juga, Pensyarah menekankan bahawa penjanaan idea bukan sahaja tertumpu kepada produk atau perkhidmatan baru tetapi juga boleh ke atas produk sedia ada di mana, penjanaan idea tersebut adalah bertujuan untuk membentuk keunikan produk tersebut sekaligus menaiktaraf bagi menjadikan ia produk yang lebih berdaya saing. Sehubungan dengan itu, satu aktiviti yang dinamakan EUREKA telah dijalankan di mana, setiap kumpulan dikehendaki mengubahsuai produk siap kepada sesuatu yang lebih menarik dan boleh digunapakai.   

     Secara keseluruhan,Modul ini membuktikan bahawa proses paling penting di dalam keusahawanan adalah penjanaan idea yang baik. Tanpa idea yang baik dan kreatif, sesuatu produk yang baik jugak akan gagal dilaksanakan dan perniagaan juga akan sukar dibentuk. Melalui cerita dan pengalaman usahawan berjaya, pensyarah seolah-olah ingin menaikkan semangat para pelajar untuk mempunyai keinginan menjadi usahawan. Hasilnya terbukti apabila  hampir keseluruhan kelas memperolehi keyakinan untuk mencuba panduan-panduan yang diberikan. Manakala melalui aktiviti EUREKA, pelbagai idea kreatif dijana ke atas produk sedia ada yang diberikan. Ini bermakna, modul ini sekaligus telah berjaya menghasilkan pemkiran kreatif di kalangan pelajar.